Assalamualaikum...
Pihak sekolah telah mengadakan Hari bersama pihak polis peringkat pelajar asrama. Anggota polis yang dijemput adalah bapa kepada pelajar tingkatan 1. Pegawai polis berkenaan telah menyampaikan taklimat tentang Jenayah-jenayah peringkat sekolah dan nasihat kepada pelajar supaya menjauhi kes-kes jenayah untuk keselamatan diri.
Showing posts with label asrama SMAR. Show all posts
Showing posts with label asrama SMAR. Show all posts
Tuesday, 19 August 2014
Tuesday, 22 July 2014
UCAPAN HARI RAYA DARI UNIT 4K
Assalamualaikum....Unit 4K ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMAR. Semoga anda berhati-hati ketika memandu untuk pulang ke kampung. Di bawah ini dikongsikan bersama amanat-amanat dari orang kuat Unit 4K. Selamat Menonton :)
Tuesday, 1 July 2014
PROGRAM IHYA RAMADHAN
Assalamualaikum....Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke 4 umat islam berpuasa. Semoga bulan puasa ini memberi rahmat kepada semua warga SMAR amnya. Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia, Sekolah Menengah Agama Rompin di bawah penyeliaan Badan Kerohanian telah mengadakan satu sesi ceramah sebagai menyambut kedatangan bulan mulia ini. Ceramah tersebut telah diadakan pada hari JUMAAT bersamaan 27 Jun 2014 yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Kadhi Rompin iaitu Tuan Adnan B Mamat. Di bawah ini disertakan beberapa gambar semasa sesi ceramah diadakan.

Wednesday, 25 June 2014
FESTIVAL KESENIAN ISLAM ASRAMA (FESKIA)
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, dengan izin Allah pada 20-22 Jun yang lalu Asrama SMAR telah berjaya dengan jayanya menganjurkan satu program yang sangat bermanfaat untuk pelajar iaitu FESKIA. FESKIA adalah program yang dirancang oleh Warden Asrama SMAR khas untuk pelajar bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam serta mendedahkan pelajar dengan aktiviti-aktiviti dakwah secara kontemporari. Semoga dengan aktiviti sebegini pelajar dapat memperoleh sesuatu yang berguna untuk bekalan mereka dimaa hadapan. Tahniah buat Warden SMAR, serta guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program ini. Silakan menikmati fotonya ya =)
Wednesday, 2 April 2014
LATIHAN FIREDRILL
Assalamualaikum w.b.t. Warga SMAR kali ini telah didedahkan dengan taklimat keselamatan berkaitan kebakaran yang disampaikan oleh anggota Bomba daerah Rompin. Pelajar didedahkan dengan cara memadam kebakaran selain tindakan keselamatan ketika berlaku kebakaran. Terima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Rompin kerana telah memberikan kerjasama serta ilmu pengetahuan yang sangat berguna kepada warga SMAR. Silalah menjamu mata anda dengan foto-fotonya =)
Subscribe to:
Posts (Atom)