Thursday 24 July 2014

PROGRAM KHATAM AL QURAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA


Assalamualaikum w.b.t. 
Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Pada 22 Julai yang lalu SMAR telah selesai menganjurkan program Khatam Al Quran dan Majlis Berbuka Puasa. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat guru-guru serta kakitangan yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Makanan pun sangat sedap =) silalah nikmatinya....


Tuesday 22 July 2014

UCAPAN HARI RAYA DARI UNIT 4K

Assalamualaikum....Unit 4K ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMAR. Semoga anda berhati-hati ketika memandu untuk pulang ke kampung. Di bawah ini dikongsikan bersama amanat-amanat dari orang kuat Unit 4K. Selamat Menonton :)


Tuesday 1 July 2014

PROGRAM TADARUS AL QURAN

Assalamualaikum....sekadar berkongsi beberapa program yang pihak Sekolah Menengah Agama Rompin jalankan sepanjang ramadhan. Antaranya ialah program Tadarus Al-quran yang dijalankan berterusan sehingga penghujung ramadhan. Tadarus diadakan bermula jam 7.15pagi sehingga 7.40pagi dan selepas solat Asar di asrama.


PROGRAM IHYA RAMADHAN

Assalamualaikum....Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke 4 umat islam berpuasa. Semoga bulan puasa ini memberi rahmat kepada semua warga SMAR amnya. Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia, Sekolah Menengah Agama Rompin di bawah penyeliaan Badan Kerohanian telah mengadakan satu sesi ceramah sebagai menyambut kedatangan bulan mulia ini. Ceramah tersebut telah diadakan pada hari JUMAAT bersamaan 27 Jun 2014 yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Kadhi Rompin iaitu Tuan Adnan B Mamat. Di bawah ini disertakan beberapa gambar semasa sesi ceramah diadakan.