Wednesday 25 June 2014

FESTIVAL KESENIAN ISLAM ASRAMA (FESKIA)


Assalamualaikum w.b.t. 
Alhamdulillah, dengan izin Allah pada 20-22 Jun yang lalu Asrama SMAR telah berjaya dengan jayanya menganjurkan satu program yang sangat bermanfaat untuk pelajar iaitu FESKIA. FESKIA adalah program yang dirancang oleh Warden Asrama SMAR khas untuk pelajar bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam serta mendedahkan pelajar dengan aktiviti-aktiviti dakwah secara kontemporari. Semoga dengan aktiviti sebegini pelajar dapat memperoleh sesuatu yang berguna untuk bekalan mereka dimaa hadapan. Tahniah buat Warden SMAR, serta guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program ini. Silakan menikmati fotonya ya =)


Wednesday 18 June 2014

BILIK GURU PEREMPUAN BERWAJAH BARU

Meja bilik guru perempuan telah berubah wajah apabila masing-masing telah siap memasang 'skirting' baru. Tema yang di pilih oleh guru-guru ini ialah warna tanah iaitu coklat dan kuning sesuai dengan langsir dan alas meja. Ada yang kreatif dengan meletakkan bunga sebagai penyeri meja.



Monday 9 June 2014

CIRI-CIRI KESELAMATAN SEKITAR SEKOLAH


1. PINTU UTAMA SEKOLAH
    - Beberapa papan tanda bercirikan keselamatan diletakkan di pintu pagar sekolah supaya orang luar tidak boleh berada dan masuk ke kawasan sekolah dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan.