Saturday 31 May 2014

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM


Pada tarikh 28 hingga 30 Mei yang lalu Sekolah kita telah berjaya menganjurkan program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform dengan jayanya. Seramai 80 orang pelajar dari semua Unit telah menyertai program ini. Program tersebut telah dijalankan di Teluk Gorek, Mersing. Terima Kasih diucapkan kepada semua guru dan kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program sebegini akan terus dijalankan di tahun-tahun seterusnya. Di sini dikongsikan beberapa foto program tersebut buat tatapan anda semua. =)

 (Teacher  Yanti sedang memberi taklimat kepada peserta)

Monday 19 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU

Assalamualaikum... Pada tanggal 16 Mei yang lalu warga SMAR telah meraikan guru-guru sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Inilah hari di mana guru-guru diraikan bagi menghargai jasa mereka mendidik kita semua. SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU SMAR =)

 (makan jangan tak makan )

Thursday 1 May 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG DAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


Alhamdulillah, satu lagi kejayaan bagi warga SMAR setelah selesai mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan pada 25 April yang lalu. Tahniah dan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut. Silakan menikmati foto majlis tersebut yang berlangsung dengan lancar sekali. =)
 guru-guru sedang menunggu ketibaan ibu bapa

PAPAN KENYATAAN SEKOLAH

Mohon perhatian guru-guru yang berkenaan. Sila lengkapkan papan kenyataan masing-masing.
tarikh akhir selewat-lewatnya hari ni. 2 Mei. Rujuk lampiran di bawah


PROGRAM 4K
PAPAN KENYATAAN