Wednesday 20 August 2014

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS

Jawatankuasa Kebersihan dan Kecerian telah menjalankan pertandingan kelas terbersih setiap minggu. Kelas-kelas yang mencapai markah tertinggi setiap minggu akan dianugerahi cenderahati mingguan. Kelas yang memenangi kelas terbersih setiap minggu akan diumumkan di perhimpunan rasmi setiap Isnin. Kelas yang berjaya memenangi kelas terbersih 3kali berturut-turut bulan tersebut akan memenangi baucer makan KFC.

Berikut adalah pemenang kelas terbersih minggu ini:
1. Menengah Atas
   - Ting. 4 Khalid Al Walid

Tuesday 19 August 2014

HARI BERSAMA POLIS

Assalamualaikum...
Pihak sekolah telah mengadakan Hari bersama pihak polis peringkat pelajar asrama. Anggota polis yang dijemput adalah bapa kepada pelajar tingkatan 1. Pegawai polis berkenaan telah menyampaikan taklimat tentang Jenayah-jenayah peringkat sekolah dan nasihat kepada pelajar supaya menjauhi kes-kes jenayah untuk keselamatan diri.


GOTONG ROYONG MINI

Assalamualaikum...hari ini pihak sekolah telah mengadakan gotong-royong mini yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 3. Gotong-royong ini berlangsung dari jam 7.40 sehingga 8.15 pagi, mengambil waktu PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan). AKtiviti gotong-royong ini bukan sahaja dapat memastikan kebersihan sekitar sekolah bahkan dapat menyihatkan badan pelajar sebelum memulakan sesi PdP berikutnya.


Friday 8 August 2014

MENGHIAS BILIK DARJAH SIRI 1

Disini dikongsi sedikit beberapa gambar bilik darjah yang ceria dan cantik sebagai sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar dan guru-guru SMAR sekalian. Gambar ini dipetik dari laman web http://www.sabah.edu.my/stmarysd/bilik_darjah.html

GAMBAR KELAS PILIHAN 2009