Sunday 9 August 2015

PAPAN TANDA KESELAMATAN


SAFETY FIRST !!!

Atas dasar inilah pihak sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan papan tanda keselamatan disekitar sekolah. 

Semoga dengan usaha yang sedikit ini mampu memberi kesedaran kepada semua terutamanya pelajar supaya lebih berhati-hati.





Friday 7 August 2015

GOTONG - ROYONG KELAS

AKTIVITI : GOTONG ROYONG
TARIKH/ HARI : 5 OGOS / 3 PM

Aktiviti kebersihan dan kecerian sekolah diteruskan lagi, kali ini lebih tertumpu membersihkan kelas dan kawasan sekitarnya. Semua pelajar dan guru terlibat menjayakan gotong-royong ini.

Terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat menceriakan sekolah ini. Semoga kebersihan menjadi lambang kita. Tiadalah kita melainkan kebersihan. =)




Jazakumullah jamian!!

Wednesday 15 July 2015

MAJLIS KHATAM AL QURAN


    Seperti tahun-tahun yang lalu majlis Khatam Al Quran terus diadakan bagi memuliakan bulan Al Quran yang mulia ini. Selain itu majlis ini juga bagi meraikan para pelajar yang telah berjaya menghabiskan bacaan Al Quran mereka di dalam bulan Ramadhan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan buat para pelajar yang menyertai majlis khatam Al Quran ini. Semoga ianya menjadi pendorong kepada kita semua untuk lebih mendekati Al Quran serta mengamalkanya.

Wallahu a'lam.



Tuesday 19 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

       SAMBUTAN HARI GURU 2015
Tarikh : 18 Mei 2015

Isnin, 18 Mei 2015, SMA Rompin telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah bertempat di SMA Rompin. Pada sebelah pagi, acara senamrobik dan sukaneka antara guru telah dianjurkan. Para pelajar turut serta dalam memeriahkan acara tersebut. Acara sukaneka berakhir pada jam 10:30 untuk memberi ruang kepada guru dan pelajar menikmati kudapan yang disediakan. Sambutan diteruskan dengan persembahan Kawad Reformasi yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar lelaki SMA Rompin. Para guru telah diiringi masuk ke dalam dewan oleh pasukan kawad itu. Suasana sangat meriah dengan sorakan para pelajar yang menyaksikan kehebatan pasukan Kawad tersebut. Sambutan diteruskan lagi dengan acara dewan yang penuh dengan kemeriahan.

Acara dewan berakhir pada jam 2:30 petang.Semua guru telah dijemput ke Bilik Tayang 1 untuk menikmati jamuan yang disediakan.



Wednesday 1 April 2015

LATIHAN "FIREDRILL"



LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN
3 MAC 2015

Pada malam 3 mac yang lalu, Unit Keselamatan SMA Rompin telah selamat mengadakan latihan keselamatan kebakaran yang melibatkan pelajar asrama. Seramai 315 orang pelajar asrama lelaki dan perempuan beserta 10 orang guru terlibat dalam latihan ini. 




MASISUPA ZON 1 2015


Pada 27 Februari 2015, Sekolah Menengah Agama Kerajaan Pahang (SMAN) sekali lagi telah mengadakan MASISUPA ZON kali ke-31 yang bertempat di Sekolah Menengah Agama Rompin sebagai tuan rumah. 

Sebanyak lima buah sekolah dari Zon 1 telah menyertai MASISUPA ZON ini. Sekolah-sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Sekolah Menengah Agama Rompin, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah, Sekolah Menengah Agama Al- Attas dan Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar.

Sekolah kita berjaya menjadi johan bagi sukan manakala juara keseluruhan dimenangi oleh Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah.



Tuesday 27 January 2015

PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSD ROMPIN

السلام عليكم

   Pada 21 dan 22 Januari lepas sekolah kita telah menyertai pertandingan Sepak Takraw MSSD Rompin yang berlangsung di SMK Perantau Damai. Sekolah kita telah menghantar seramai 20 orang pemain daripada 2 kategori bawah 15 dan bawah 18. Turut mengiringi mereka adalah pengurus Cikgu Seh Zainuddin beserta dua orang jurulatih import.

   Syabas diucapakan kepada semua pemain kerana telah memberikan saingan yang hebat buat sekolah lain khususnya bagi kategori bawah 15 tahun kerana berjaya meraih tempat ke 4 dari 28 pasukan.

   Jom kita saksikan kehebatan mereka. :-)



Monday 26 January 2015

PERHIMPUNAN PAGI ISNIN 26/1/2015

السلام عليكم

Perhimpunan pagi isnin, ucapan guru bertugas, ceramah kaunseling oleh Cikgu Adila, dan ucapan GPK Kokurikulum. 




Friday 16 January 2015

HARI PENDAFTARAN KELAB, PERSATUAN DAN BADAN BERUNIFORM

Pada tarikh  13 Januari 2015 telah berlangsungnya Hari Pendaftaran bagi Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform sekolah. Semua pelajar diberi pilihan untuk memilih sendiri mana-mana persatuan yang mereka minati.

Pendaftaran tersebut diadakan di Dewan Mahkota. Semua guru penasihat terlibat dengan pendaftaran tersebut.

Silakan menikmati foto-fotonya..:)


Monday 12 January 2015

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2015

Selamat datang diucapkan kepada semua warga SMAR ke tahun 2015, semoga tahun ini akan lebih membawa kebaikan buat kita semua.

Tiada kejayaan tanpa usaha,
Tidak ada kesudahan yang baik tanpa permulaan yang baik.


Ayuh semua!!! Warga SMAR
Kita buktikan bahawa..


KEJAYAAN ADALAH MILIK KITA...

InsyaAllah..

من جد وجد 
من زرع حصد