Wednesday 30 April 2014

PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSD



Pada 16-18 April yang lalu sekolah kita telah menyertai pertandingan bola sepak MSSD bawah 18 dan bawah 15 tahun. Sekolah kita telah memberikan saingan yang sengit kepada sekolah yang bertanding walaupun sekadar melepasi peringkat kumpulan sahaja. Tahniah diucapka kepada skuad bola sepak kita dan cuba lagi tahun hadapan. =)






Tuesday 22 April 2014

PELANCARAN BADAN DAKWAH QURAN SUNNAH (BDQS)

Pada Selasa 22 April yang lalu, Jawatankuasa Kerohanian telah mengadakan pelancaran Badan Dakwah Quran Sunnah atau singkatannya BDQS peringkat sekolah sesi 2014.  BDQS ditubuhkan untuk:
1. Membentuk sahsiah jati diri dalam diri pelajar
2. Melatih pelajar lebih mengetahui lebih ilmu agama
3. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam diri pelajar
4. Membentuk peribadi pelajar selaras dengan tuntutan agama.



CADANGAN  PROGRAM BDQS 2014    
1)  Minggu Taaruf & Minggu Sunnah.

2)  Minggu Anti-Couple.

3)  Usrah Mingguan

4)  Israk Mikraj

5)  Bulan Ramadhan

6)  Pertandingan Khat

7)  Risalah Setiap Hari/Minggu/Bulanan

8)  Lawatan Ke Muzium Kesenian Islam.

9)  Solat Jenazah.

10) Minggu Surau.

11) Minggu Ibadah.

12) Forum Hal Ehwal Perdana.

13) Kuiz

14) Tayangan Perdana

15) Jualan

16) Tadarus (Pagi)

17) Demontrasi Perang Ahzab

18) Bulan Perkasa Tulisan Jawi

19) Qiamullail

20) Muktamar Sanawi

21) Kem Anak Soleh

22) Penyembelihan

Sunday 13 April 2014

BILIK GURU PEREMPUAN BERUBAH WAJAH

Guru-guru bekerjasama melaksanakan 3S - Sisih, Susun, Sapu

Meja guru disusun kebelakang

LADAP PROGRAM 5S

Pihak pentadbiran SMAR telah mengadakan kursus ladap 5S yang telah ditaklimatkan oleh para pegawai dari Majlis Daerah Rompin bertarikh 13 Mac bersamaan hari Khamis dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Taklimat 5S dari pegawai MDR

AKTIVITI GOTONG-ROYONG PERDANA SMAR 2014

Pada hari Sabtu bersamaan 8 Mac yang lalu, SMAR telah mengadakan gotong-royong perdana peringkat sekolah. Semua pelajar dan guru sama-sama bertungkus-lumus membersihkan kawasan sekolah bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00tghari.

Taklimat oleh Ustazah A'aiyah sebelum gotong-royong dijalankan

Thursday 10 April 2014

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH


Assalamualaikum w.b.t di sini dikongsi gambar sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah. semoga dengan perayaan ini dapat menambahkan lagi kecintaan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. =)


 (pemegang spanduk)

Wednesday 2 April 2014

LATIHAN FIREDRILL


Assalamualaikum w.b.t. Warga SMAR kali ini telah didedahkan dengan  taklimat keselamatan berkaitan kebakaran yang disampaikan oleh anggota Bomba daerah Rompin. Pelajar didedahkan dengan cara memadam kebakaran selain tindakan keselamatan ketika berlaku kebakaran. Terima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Rompin kerana telah memberikan kerjasama serta ilmu pengetahuan yang sangat berguna kepada warga SMAR. Silalah menjamu mata anda dengan foto-fotonya =)